Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Che Guevara – wira yang tak mati-mati
Diterbitkan:  Oct 9, 2017 11:54 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Ribuan orang berkumpul di Santa Clara, ibu negara Cuba, bagi mengenang pemergian ikon revolusi dunia Ernesto "Che" Guevara, 50 tahun lalu.

Walaupun terkenal di seluruh dunia, di Cuba sendiri, Che cukup dekat di hati orang ramai apabila wajahnya sentiasa terpampang di setiap pelosok – daripada wang kertas hinggalah papan iklan.

Mereka menjulang gambar Che dan memakai baju dengan wajahnya – tanda mengangkatnya sebagai wira sepanjang zaman.

“Kami tahu Che mewakili rakyat Cuba, Amerika Latin dan dunia.

“Bagi kami adalah satu penghargaan memaparkan wajahnya di dada dan di hati kami,” kata seorang lelaki kepada BBC.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS