BERITA

Najib ucap selamat hari pos sedunia

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Okt 2017, 4:49 pagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Pos Sedunia kepada seluruh warga pos di Malaysia.

"Dalam hujan dalam panas, mereka tetap bekerja agar segala kiriman sampai kepada penerima,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Oktober oleh pentadbiran pos di seluruh dunia termasuk di Malaysia sebagai ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia pada 1874 di Bern, Switzerland.

Sambutan itu bertujuan memberi kesedaran kepada umum mengenai peranan pos dalam pembangunan sosial dan ekonomi global.

-Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.