Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pameran, pertandingan dan makanan di himpunan antikleptokrasi
Diterbitkan:  Oct 9, 2017 1:06 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Persembahan kebudayaan, tayangan filem, pameran dan beberapa acara lain akan diadakan pada perhimpunan antikleptokrasi yang berlangsung Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Perhimpunan "Cintai Malaysia, Banteras Kleptokrasi" Howard Lee berkata acara yang diadakan bagi memberikan suasana yang lebih positif terhadap himpunan itu.

"Dari awal sampai kini, objektif yang kita nak capai adalah untuk mengadakan bukan saja suatu himpunan yang menunjukkan perasaan.

"Itu memang salah satu objektif tetapi ada objektif tambahan, iaitu meraikan ke-Malaysiaan kita dan menuntut kedaulatan rakyat serta kebebasan daripada pemerintah kleptokrat sedia ada.

"Untuk kita capai objektif tambahan selain tunjuk perasaan, kita hendakkan satu atmosfera yang positif, yang bersifat karnival," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Acara yang membuka tirai pada pukul 4 petang itu akan dimulakan dengan pameran 26 finalis pertandingan melukis komik yang telah dilancarkan untuk mempromosikan acara itu sebulan lalu.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata, pertandingan itu menyaksikan lebih 40 penyertaan dan peserta akan diadili oleh kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque @ Zunar dan Pengarah Muzium Kebudayaan Komik Asia Pulau Pinang, Hew Kuan Yau.

Terdapat juga pertandingan berasingan bagi 26 finalis yang meraih 'like' paling banyak di laman Facebook rasmi Pakatan Harapan dan Roketkini. Pemenang kedua-dua pertandingan akan diumumkan pada perhimpunan tersebut.

Lee berkata terdapat juga pameran lain untuk mendidik pengunjung mengenai skandal 1MDB selain pertandingan dan persembahan tradisional serta tayangan filem.

Manakala sekurang-kurangnya 15 trak makanan turut disediakan kepada pengunjung.

Sasterawan negara dan ahli DAP, Datuk A Samad Said akan membaca puisi yang ditulisnya dalam himpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS