Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sabah Publishing House gagal ketepi saman Ismail Sabri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Daily Express, sebuah akhbar berpengkalan di Sabah untuk mengenepikan saman RM10 juta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu telur penyu, yang mana pihak media itu menimbulkan isu bidang kuasa.

Hakim Datuk Nordin Hassan menolak perkara itu dan mengarahkan Sabah Publishing House dan editornya James Sarda membayar kos berjumlah RM3,000.

Hakim juga menetapkan 24 Oktober 2017 ini untuk pengurusan kes, kemungkinan bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Difahamkan pihak Sabah Publishing House telah membangkitkan isu bidang kuasa kerana insiden yang disebutkan mengenai telur penyu berlaku di Sabah dan ia telah dilaporkan di negeri itu dua tahun yang lalu. Maka saman itu perlu difailkan di sana.

Hal ini kerana di Malaysia memiliki dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, justeru itu menteri berkenaan perlu memfailkan saman di Kota Kinabalu, bukan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Hakim Nordin berkata artikel pertama yang diterbirkan di internet pada laman Daily Express telah menyebabkan mudarat di Semenanjung Malaysia, jadi saman itu perlu dididengar di sini.

Hakim memaklumkan penerbitan artikel yang dipersoalkan dibuat di Sabah tetapi Ismail berasal dari (Bera), Pahang.

Ismail memfailkan saman ini pada Mac berhubung penerbitan artikel Daily Express berjudul 'Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept,' 'Beluran turtle eggs dinner: Findings left to the AG,' dan 'Explain turtle egg confusion first, Lim tells Minister.'

Anggota parlimen Bera itu mendakwa artikel-artikel tersebut menggambarkan beliau seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1967.

Sabah Publishing House, dalam pembelaan yang difailkan pada Mei lalu mendakwa perkara yang diterbitkan tidak salah dan menafikan bertindak mala fide (dengan niat buruk) terhadap menteri itu dan mencabar Ismail untuk menyediakan bukti dakwaan beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS