Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PSM boleh bantu HARAPAN dapatkan pengundi India
Diterbitkan:  Oct 9, 2017 4:59 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Kepimpinan utama Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menimbangkan menerima Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai anggota gabungan pembangkang itu, kata pemimpin kanan DAP Johor.

Ahli dewan undangan negeri DAP bagi Skudai Dr Boo Cheng Hao berkata ini kerana kemasukan PSM dapat membantu menjadikan HARAPAN sebagai gabungan seimbang dalam hal perwakilan pengundi bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 nanti.

"Pakatan Harapan tidak dapat bersaing dengan BN yang didominasikan Umno dengan mensasarkan sokongan Melayu luar bandar dan mengabaikan sokongan senyap yang bertambah daripada sokongan sedia ada di kawasan bandar dan golongan minoriti seperti pekerja ladang India," kata beliau semasa forum HARAPAN malam tadi.

Menyebut program PSM dengan para pekerja ladang India dan pekerja kolar biru lainnya, Boo selanjutnya berhujah ia dapat dilihat sebagai meningkatkan kekuatan untuk HARAPAN ditambah pula usaha gabungan itu untuk melibatkan para penyokong yang disasarkan.

"Cara yang sama HARAPAN perlu sokongan daripada Melayu luar bandar dan peneroka Felda, ia (juga) perlu mendapatkan sokongan dari kesemua pihak, termasuklah para pekerja India yang menjadi faktor penentu undi minoriti di beberapa kawasan pilihan raya," kata beliau.

Dr Boo Cheng Hau adalah bekas pengerusi DAP Johor.

Berdasarkan kenyataan beliau hari ini, forum tersebut turut disertai timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, timbalan pengerusi PKR Johor Jimmy Puah dan timbalan pengerusi AMANAH Johor Zulkefle Ahmad.

Manakala PSM dalam sidang akhbarnya telah membayangkan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan HARAPAN dalam rundingan kerusi untuk PRU14, ahli jawatankuasa pusat parti itu S Arutchelvan berkata pada Jumaat lalu bahawa tidak ada perbincangan rasmi sejak gabungan itu ditubuhkan pada 2015.

Naib presiden HARAPAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sebarang perbincangan di antara parti-parti untuk mencapai pertandingan satu lawan satu terhadap Barisan Nasional dapat dilihat sebagai perkembangan yang baik.

Pada Ogos 2017, pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masyarakat India tidak diwakili dengan baik dalam HARAPAN dan memulakan pertemuan dengan ketua Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) chief P Waythamoorthy.

Lihat Komen
ADS