Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan tiga ahli politik - Umno, WARISAN di Sabah
Diterbitkan:  Oct 9, 2017 10:14 AM
Dikemaskini: 1:09 PM

SPRM hari ini menahan dua pemimpin pemuda Umno serta seorang pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking mengesahkan penahanan Mohd Azis ketika dihubungi.

Mohd Azis dan Jamawi, yang juga ketua pemuda Umno Tenom, ditahan di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu, sementara Ariffin ditahan di pejabat badan itu di Tawau.

Jamawi kini adalah pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Namun, difahamkan yang penahanan itu berkaitan dakwaan kesalahan yang dilakukan ketika dia menjadi pembantu kepada Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal ketika Shafie menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Jamawi dikatakan telah dipindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas Shafie digugurkan dari kabinet pada Julai 2015.

salah seorang peguam Mohd Azis, Loretto Padua Jr, berkata, anak guamnya memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Jalan Sulaman, sebelum dibawa "secara rahsia" ke pejabat SPRM di kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan negeri.

"Saya diberitahu dia dibawa keluar secara rahsia sekitar pukul dua petang," katanya kepada Malaysiakini.

"Hanya sekitar pukul empat petang, ketika salah seorang peguam bertanya, dia diberitahu Azis sudah tiada di situ," katanya lagi.

Pasukan peguam Mohd Azis kemudian menasihati isterinya agar membuat laporan polis.

"Sebelum laporan itu dibuat, dia (Mohd Azis) menelefon saya pada pukul lima petang dan berkata dia berada di bangunan lain, dan telah ditahan."

Mohd Azis dijangka dibawa ke mahkamah untuk reman esok.

"SPRM tidak pernah bekerjasama dengan kami, tidak memberi makluman. Jadi kami perlu tunggu di mahkamah bermula pagi esok," katanya yang juga setiausaha agung WARISAN.

Mohd Azis merupakan ketua pemuda Umno Semporna sebelum keluar parti dan menyertai WARISAN.

Dia merupakan pemimpin WARISAN terbaru yang ditahan dalam siasatan SPRM berhubung dana yang didakwa diseleweng daripada projek yang sepatutnya dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

SPRM menahan naib presiden WARISAN Peter Anthony Khamis lalu, dan dikenakan reman lima hari keesokannya.

Laporan tambahan oleh ALYAA AZHAR

Lihat Komen
ADS