Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat lelaki ditemui dengan kepala dan kaki dibungkus

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui dengan kepala dan kakinya dibungkus menggunakan karung guni putih di tepi lereng bukit di Km 34 Jalan Gombak Lama hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mayat lelaki dipercayai berusia antara 35 dan 40 tahun itu, ditemui oleh orang awam kira-kira 1.15 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai dicampak dari atas tebing setinggi 15 meter dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan tengkuk dipercayai dipukul dengan objek keras selain tangannya diikat menggunakan dawai.

"Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mangsa dibunuh di tempat itu atau lokasi lain," katanya dalam satu kenyataan.

Ali berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS