Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Balas budi Jerman dengan larang Oktoberfest?'
Diterbitkan:  Oct 10, 2017 10:00 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Ketika isu Oktoberfest muncul kembali, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaitkan perayaan yang berasal daripada Jerman itu dengan budi negara Eropah itu yang membantu pelarian Islam.

“Oktoberfest, perayaan minum bir pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.

“Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria.

“Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka dari minum bir dalam Oktoberfest mereka?” soal Mahathir.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir mengingatkan orang Melayu supaya menjaga tepi kain sendiri.

“Tentukan kita jangan minum bir dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol bir,” katanya yang menyindir pemimpin akar umbi kontroversi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Umno Sungai Besar itu pada 5 Oktober lepas memecahkan berkotak-kotak arak di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam selepas mengaitkan menteri besar dengan penganjuran pesta arak.

[Baca tulisan penuh Mahathir]
 

Berkaitan: Tak makan dadah lebih baik dari pecah botol bir

Lihat Komen
ADS