Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ringgit meneruskan kenaikan semalam dan dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS setelah permintaan berterusan bagi mata wang negara pesat membangun, termasuk mata wang tempatan kerana pelabur bimbang dengan kemungkinan kenaikan kadar faedah AS, kata peniaga-peniaga.

Pada pukul 9.25 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2240/2270 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2340 yang dicatatkan semalam.

Mata wang tempatan bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain hari ini.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1057/1092 daripada 3.1028/1062 yang dicatatkan pada Isnin tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.7467/7503 daripada 3.7567/7605 yang dicatatkan semalam.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9678/9718 daripada 4.9673/9724 yang dicatatkan semalam tetapi naik berbanding pound kepada 5.5579/5632 daripada 5.5616/5673 sebelumnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS