Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi kurang memberangsangkan di pendasar pasaran tunai dengan dua bulan kontrak diniagakan.

Pada pukul 9.22 pagi, Oktober 2017 dan November 2017 menokok 0.5 mata setiap satu, masing-masing kepada 1,764 dan 1,763, manakala Disember 2017 dan Mac 2018 kekal kedua-duanya, masing-maisng pada 1,761.5.

Jumlah dagangan sebanyak 115 lot dengan kontrak terbuka berjumlah 24,032 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI susut 3.77 mata kepada 1,760.47 selepas 25 minit dagangan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS