Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang bidas dua 'kuda padi satu helah' Sabah
Diterbitkan:  Oct 10, 2017 2:16 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Selepas mencetuskan keberangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan menggelarnya 'monyet' dalam isu 1MDB, dua menteri Umno dari Sabah hari ini menjadi sasaran Lim Kit Siang.

Kali ini, pemimpin veteran DAP itu mendakwa beliau terjumpa dua ekor kuda padi dari Sabah, yang menurutnya tidak mahir mempelajari helah baru.

Dalam kenyataan media pertamanya, Lim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana mendakwa bahawa pemimpin DAP itu bakal menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Lim melabel anggota parlimen dari Sabah itu sebagai "kuda satu helah".

Dalam kenyataan medianya, selepas kira-kira sejam kemudian, pemimpin DAP itu menyelar seorang lagi pemimpin BN Sabah - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak - yang dalam blognya menulis "Kit Siang menyembunyikan niat sebenarnya".

"Tiba-tiba saya sedari bahawa bukannya satu tetapi ada dua kuda padi ‘satu helah’ dan kedua-duanya berasal dari Sabah," katanya.

Sebelum ini, Lim pernah mendakwa bahawa Umno Sabah telah menghasilkan dua "macai" merujuk kepada Abdul Rahman dan Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS