Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

BELASUNGKAWA Saya amat sedih dengan kematian kawan saya Kassim Ahmad. Kita kehilangan seorang tokoh yang berani dan berpegang kepada prinsip perjuangannya walau apa pun yang terjadi kepada dirinya.

Saya berpendapat bahawa dia tidak berjaya mendapat keadilan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. Kerana dia dituduh kononnya membelakangkan hadis.

Sedangkan dia seperti juga dengan pentafsir-pentafsir hadis yang menolak hadis-hadis yang tidak sahih yang dibuat tanpa kajian yang teliti dan mendalam, menerima banyak hadis dan menolak hanya hadis yang tidak sahih.

Pemikirannya amat tajam dan orang Melayu terutamanya, kehilangan seorang tokoh yang boleh memikir dengan mendalam berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Bacalah tulisannya sebelum menghukumnya.

Saya berdoa dia akan dirahmati Allah SWT.


DR MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan.

Lihat Komen
ADS