Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Md Raus: Badan kehakiman kekal bebas
Diterbitkan:  Oct 10, 2017 5:11 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menegaskan bahawa badan kehakiman adalah bebas dan mencabar media untuk menyoal bekas hakim kanan yang pernah bersama Badan Peguam Malaysia, jika kenyataannya itu adalah benar.

Md Raus disoal oleh editor kanan sebuah akhbar yang berkata ada kalanya, badan kehakiman negara dilihat oleh media sebagai tidak bebas.

Bercakap pada majlis makan tengahari bersama editor dan pengamal media, anjuran Malaysian Press Institute, di Kuala Lumpur, hari ini, beliau berkata, hakim tidak cuba mempengaruhi rakan-rakan mereka baik di peringkat mahkamah majistret, mahkamah sesyen mahupun mahkamah tinggi.

"Kebebasan badan kehakiman sangat penting dalam mana-mana institusi. Kami tidak mengamalkan memberi arahan kepada hakim-hakim lain, atau cuba mempengaruhi keputusan mereka.

"Kamu tanya (bekas hakim) seperti Datuk Mah Weng Kwai (bekas Presiden Majlis Peguam), atau Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof dan Datuk Varghese George Varghese.

"Mereka semua bekas peguam dari Badan Peguam sebelum menjadi hakim. Kami semua bebas," katanya.

"Sebagai CJ (ketua hakim neghara), saya beritahu rakan-rakan saya untuk membuat keputusan mengikut undang-undang. Mereka bebas untuk membuat keputusan sendiri. Tidak akan ada gangguan," katanya.

Md Raus berkata jika pendakwaan atau mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membuat rayuan.

Mah, Ariff, dan Varghese adalah bekas hakim di Mahkamah Rayuan sebelum mereka bersara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS