Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zamihan akan disiasat, kata timbalan menteri
Diterbitkan:  Oct 11, 2017 11:45 AM
Dikemaskini: 4:43 AM

Kerajaan akan menyiasat Zamihan Mat Zin yang mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana menolak dobi khas untuk umat Islam sahaja di Muar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan “akan menyiasat dan bertindak” terhadap pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lapor The Sun Daily.

Zamihan pernah berkhidmat di Kementerian itu dan pernah terlibat dalam pertelingkahan dengan Mufti Perlis Asri Zainul Abidin.

Sultan Ibrahim pada 27 September lalu mengarahkan kedai dobi kontroversi di Muar menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup.

Menyifatkan langkah itu sebagai karut, baginda bertitah Johor adalah milik semua kaum dan agama serta bukan negari Taliban.

Zamihan bagaimanapun dalam satu rakaman video berkata baginda tidak patut berkata demikian kerana orang Cina tidak suci selepas membuang air besar.

Zamihan juga dilapor berkata beliau tidak gentar mengkritik pihak atasan termasuk sultan kerana “menjunjung kebenaran”.

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mendakwa tindakan pegawai Jakim itu menghina sultan Johor dan mempersoalkan sama ada kerajaan pimpinan Umno akan bertindak dalam isu itu.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen
ADS