Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Umno beri Najib lampu hijau runding dengan PAS
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 10:49 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Umno dilaporkan telah memberi presidennya Datuk Seri Najib Razak lampu hijau untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS, demikian menurut laporan The Star.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata bahawa ini adalah kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.

Annuar dilaporkan sebagai berkata bahawa segala-galanya kelihatan positif sekarang.

Beliau percaya usaha itu akan membuahkan hasil jika pakatan sedemikian disokong oleh ramai orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.

Annuar dipetik berkata demikian di sesi dialog dengan tiga pemimpin pelajar universiti, bertajuk "Anda Tanya Kita Jawab" di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau dilaporkan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana kerjasama dengan PAS itu akan diadakan.

Minggu lepas, Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS