Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Berita palsu' - Kit Siang bersependapat dengan Salleh
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 4:48 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Selepas bertelagah akibat perbezaan pendapat dalam pelbagai isu, Lim Kit Siang hari ini mendapati terdapat satu isu yang beliau sependapat dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak - iaitu mengenai - berita palsu.

Menulis tweet berhubung ulasannya mengenai saranan menteri itu supaya rakyat mempertahankan negara ini daripada berita palsu, pemimpin veteran DAP itu berkata: "Hari ini saya bersetuju dengan Salleh."

Bagaimanapun, persetujuan Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah bersyarat.

"Saya menentang semua berita palsu, sama ada terhadap DAP dan Pakatan Harapan atau ke atas pemimpin Umno / BN.

"Adakah Salleh / SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menentang semua berita palsu, malah yang terhadap pemimpin DAP / HARAPAN?" soalnya.

Lim sebelum ini menuduh pemimpin Umno dan penyokongnya menyebarkan berita palsu mengenai DAP dan dirinya, dengan yang terbaru adalah dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad memberinya RM1 bilion.

Kedua-dua Mahathir dan Lim menafikan dakwaan itu.

Dalam sebuah blog yang disiarkan pada petang ini, Salleh mendedahkan bahawa SKMM telah bertindak ke atas 3,047 akaun palsu di pelbagai platform media sosial yang dikenal pasti antara Januari dan September tahun ini.

Beliau berkata hampir 80 peratus daripada 3,047 akaun palsu itu telah dipadamkan oleh platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS