Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 6:30 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri PendidikanDatuk Seri Mahd­zir Khalid.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kad debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.

"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu hari ini.

"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian,” katanya.

Ketika ini, tiga sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Seri Puteri di Putrajaya, Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk Abdul Razak di Kedah telah menggunakan kad debit sebagai sebahagian aplikasi digital sekolah mereka.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS