Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salleh: Terima kasih Kit Siang kerana sokong gesaan saya
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 7:11 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak merakamkan penghargaannya kepada Lim Kit Siang kerana bersetuju dengan gesaannya supaya rakyat bersama membantu mengekang berita palsu dan maklumat.

Beliau juga menjawab soalan pemimpin veteran DAP itu yang ingin tahu sama ada Salleh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat pendirian sama jika berita palsu berkenaan mensasarkan pembangkang.

"Undang-undang adalah jelas. Sekiranya laporan dibuat kepada SKMM, tindakan akan diambil," katanya kepada Malaysiakini.

Walaupun Lim dan beliau sering di pihak bertentangan, Salleh berkata, tidak ada perselisihan peribadi di antara kedua-dua mereka.

"Kami mungkin mempunyai perbezaan tetapi ini adalah biasa dalam politik. Kami mewakili parti dan gabungan masing-masing, dan bertindak atas kepentingan itu. Inilah intipati politik," katanya.

Walau bagaimanapun, Salleh, yang juga adalah bendahari Umno, menegaskan bahawa apa yang penting adalah kedua-dua mereka tidak berkompromi mengenai isu-isu mengenai kesejahteraan negara.

"Berita palsu dan maklumat salah berpotensi menyebabkan kemudaratan besar dan ini mesti dikekang.

"Saya berterima kasih kepada Lim kerana menyatakan sokongan berhubung gesaan saya supaya rakyat Malaysia berperanan proaktif dalam memerangi ancaman itu," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS