Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi cawangan NUJ dipecat tuntut keadilan
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 11:28 PM
Dikemaskini: 4:00 PM

Seorang pengerusi cawangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) yang dipecat oleh sebuah syarikat akhbar berbahasa Cina akan memfailkan kes pemecatannya ke Jabatan Perhubungan Perusahaan esok bagi menuntut keadilan.

Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak berkata, Chua Cheong Wee, 48 yang berkhidmat hampir 25 tahun dengan syarikat akhbar Kwong Wah Yit Poh dipecat serta merta atas alasan tidak mendengar arahan ketua.

"Beliau dipecat atas alasan tidak mengikut arahan ketua dan tidak menghormatinya dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan merendah-rendahkan ketuanya di depan kakitangan lain," kata Mohd Taufek.

Katanya, segalanya bermula apabila Chua dipindahkan dari ibu pejabat Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang ke pejabat cawangan di Kuala Lumpur pada April lalu.

Chua juga dikatakan menumpang tinggal di pejabat NUJ di Brickfields kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi di Kuala Lumpur.

Berikutan itu Chua terpaksa berulang alik ke Pulau Pinang seminggu sekali bagi menemui isterinya yang tidak bekerja dan dua anaknya masih bersekolah.

"Salah satu alasan Chua dipecat ada berkait dengan penolakan permohonan cutinya untuk pulang bersama keluarga telah ditolak ketuanya di Kuala Lumpur menyebabkan dia membantah dengan keras.

"Bantahan itu telah dirakam dan dijadikan bukti untuk memecatnya," kata Mohd Taufek.

Menurut Mohd Taufek, ini merupakan pemecatan kali kedua membabitkan pengerusi cawangan NUJ dalam tempoh lapan tahun.

Sebelum ini pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu, Amran Ahmad dipecat pada 2009 dan kini kesnya masih menunggu keputusan daripada mahkamah perusahaan.

Lihat Komen
ADS