Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah batal saman berkaitan 1MDB terhadap Najib

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membatalkan saman ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung misfeasans dalam pentadbiran awam, terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaludin memutuskan bahawa Najib bukan seorang pegawai awam walaupun beliau memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan

Beliau memutuskan bahawa Pua tidak mempunyai hak perundangan untuk membawa saman itu, yang berkaitan dengan 1MDB, terhadap Najib dan kerajaan Malaysia.

Najib, yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB, bukan pemegang saham dalam syarikat milik kerajaan itu, dan oleh itu Pua hanya merupakan seorang pembayar cukai tanpa locus standi untuk meneruskan saman itu.

"Permohonan defendan untuk membatalkan kes itu dibenarkan," katanya.

Beliau turut memerintah Pua membayar kos RM5,000 kepada Najib dan kerajaan Malaysia

Najib diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, manakala Gobind Singh Deo mewakili Pua.

Pua, yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan setiausaha agung DAP, telah memfailkan saman terhadap Najib itu pada bulan Januari.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS