Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Benarkah kos ECRL RM70 bilion, soal DAP
Diterbitkan:  Oct 13, 2017 11:31 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempersoalkan kos sebenar Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut laporan, kos laluan kereta api itu pada mulanya diumumkan sebanyak RM55 bilion, tetapi kemudian meningkat kepada RM70 bilion.

"Putrajaya mesti jawab jika kos ECRL akan ditanggung rakyat Malaysia sehingga RM70 bilion," kata ADUN DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber mengatakan kepada The Edge Markets bahawa kos ECRL kemungkinan akan meningkat kerana anggaran RM55 bilion tidak mengambil kira beberapa perbelanjaan lain.

Kos tambahan, kata sumber itu termasuk landasan berkembar sepanjang 688 km dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan serta pengambilan tanah.

Yeo mendakwa angka RM55 bilion itu telah meningkat daripada anggaran awal RM29 bilion, iaitu angka yang diambil dari kajian kebolehlaksanaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS