Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis akan siasat pegawai kanan SPRM pikat isteri orang

Pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba memikat isteri orang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kita akan siasat, macam biasa kalau ada laporan kita akan ambil tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu.

Semalam satu laporan polis dibuat berhubung dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang yang merupakan satu kesalahan jenayah.

Menurut laporan yang dibuat ahli perniagaan berusia 37 tahun itu, beliau menyedari perkara itu apabila menonton sebuah rakaman video di YouTube.

Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.

Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”

Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Lihat Komen
ADS