Kleptopoly permainan papan diinspirasi dari 1MDB

   

Skandal 1MDB tidak hanya menghantui negara dan menyebabkan banyak pendakwaan di mahkamah seluruh dunia, malah kini ia dizahirkan menerusi permainan papan.

Dinamakan 'kleptopoly' yang dinspirasikan daripada permainan papan terkenal monopoli - permainan itu membolehkan pemain memperoleh harta dan aset mewah termasuk Park Lane Hotel di New York City, rumah-rumah besar di Beverly Hills dan juga sebuah kapal layar mewah yang dipanggil "Equanimity ".

Jika nama-nama harta itu kedengaran biasa, ini adalah kerana ia dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengenai aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Aizat Shamsuddin, yang bekerja dengan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang membangunkan kleptopoly, berkata permainan itu bertujuan untuk menghiburkan dan dalam masa sama mendidik.

"Melalui permainan papan ini, kami ingin pemain merasai bagaimana harta-harta itu dibeli.

"Sebagai contoh, 'Kepulauan Cayman' adalah harta terbaik untuk dibeli (dalam permainan) kerana anda boleh menawarkannya kepada pemain lain untuk menyembunyikan harta 'korup' mereka di sana.

"Ini juga bermaksud anda kebal daripada mengisytiharkan harta anda, kerana anda berada di luar negara," katanya sambil menambah bahawa C4 menjadikan permainan itu sebagai sebahagian daripada kempennya untuk menggesa wakil rakyat mengisytiharkan aset mereka.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

VOIZ

Berita Terhangat