Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
HARAPAN Wilayah umum kepimpinan, tumpu kementerian

Pakatan Harapan (HARAPAN) Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan barisan kepimpinannya yang akan menumpukan dakwaan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan cuba mempengaruhi keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi HARAPAN Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mendakwa kementerian itu digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi DBKL bagi berkhidmat kepada kepentingan Umno, bukannya penduduk bandar.

"Kementerian Wilayah Persekutuan telah menjadi alat untuk mempengaruhi dasar dan keputusan DBKL.

"Kementerian ini nampaknya diasaskan semata-mata untuk mengawal DBKL untuk mencapai tujuan sempit Umno," katanya selepas menghadiri mesyuarat pertama majlis kepimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, di mana barisan kepimpinan diumumkan.

Tan juga memberikan contoh beberapa isu lain yang dihadapi oleh mereka di Kuala Lumpur.

Antaranya, kurangnya ketelusan dalam bajet DBKL dan jualan tanah milik kerajaan yang dikatakan lebih rendah daripada harga pasaran kepada mereka yang dikatakan bersekutu dengan Umno.

 

Berikut adalah senarai barisan kepimpinan HARAPAN Wilayah:

Pengerusi: Tan Kok Wai

Timbalan Pengerusi: Idris Ahmad, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Fong Kui Lun, Muhammad Suhaimi Yahya

Naib Pengerusi: R Santhara Kumar, Ahmad Tarmizi Mohd Jam, Teresa Kok, Muhammad Zahid Md Arip

Setiausaha: Lim Lip Eng

Penolong Setiausaha: Othman Karim

Bendahari: Che Zam Hamzah

Ketua Pemuda: Zahin Zainal

Ketua Wanita: Niekmah Adam

Pengarah Pilihan Raya: Zahir Hassan

Pengarah Manifesto: Sally Sian Keng Eng

Ketua Biro Maklumat: Zaharudin Othman

Ketua Biro Undang-undang: Zulhazmi Shariff

Pengarah Strategik: Onn Abu Bakar

Anggota exco: Ismail Yahaya, Angus Ng, S Ganapathy, Hayatul Kamil Termudi

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS