Malaysiakini
BERITA

Isteri TMJ selamat lahirkan waris takhta kerajaan Johor

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Okt 2017, 3:49 pagi

Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini selamat melahirkan seorang putera.

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, hari ini.

"Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor, hari ini," katanya menerusi kenyataan satu perenggan itu.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isteri baginda.

Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lepas.

 

-Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.