Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM tawar bantu k'jaan Selangor tangani denggi

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan kepada kerajaan negeri Selangor bantuan pengurusan pelupusan sampah dan sistem perparitan bagi mengurangkan kes denggi di negeri itu yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain.

Perdana Menteri berkata Selangor mencatatkan kira-kira 40,000 kes denggi setahun atau kira-kira seratus sehari, dan ia bukan satu rekod yang patut dibanggakan.

Najib berkata beliau tidak terkejut kerana ia boleh berlaku sekiranya tiada usaha pembersihan dilakukan kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas kawasan berkenaan.

“Kita boleh bantu kerajaan negeri kalau dia gagal buat kerja ini, kita boleh bantu dengan apa? Tukar kerajaan? Itu tunggu pilihan raya umum ke-14… Hari ini kita bantulah dengan kita bersihkan kawasan kita di sini dan kawasan-kawasan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan My Beautiful Neighborhood (NBOS MyBN) peringkat kebangsaan yang diadakan secara serentak di 98 kawasan seluruh negara, di Kuala Selangor.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS