Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP baharu sekarang di Twitter dan FB
Diterbitkan:  Oct 14, 2017 12:54 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Ketua Polis Negara baharu Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengikut jejak langkah IGP sebelumnya dengan membuka akaun Twitter hari ini.

Ia disusuli pembukaan halaman Facebook rasmi dua hari lalu.

Setakat ini, Fuzi telah memuatnaik kegiatan beliau dan keratan akhbar - isi kandungan kebanyakan akaun sosial media pegawai tinggi kerajaan.

Fuzi cepat mengejar Khalid Abu Bakar dengan 122,000 pengikut di Twitter dan 68,000 pengikut di Facebook ketika berita ini ditulis.

Populariti Khalid berkaitan dengan pos beliau di media sosial meningkat kerana ia memiliki sentuhan peribadi dan mencerminkan personaliti beliau yang penuh warna-warni.

Ia menjadikan Twitter @KBAB51 sebagai nama penting di Twitter-jaya.

Beliau akan menulis kata-kata galakan kepada anggota bawahan beliau, selalunya di sertai dengan hashtag #GoPDRMgo.

Kemudian terdapat juga waktu, beliau melibatkan diri dengan pengguna media sosial lainnya, termasuklah pengkritik beliau.

Bagaimanapun, Khalid akan dikenang kerana 'mengeluarkan arahan' kepada anggota polis melalui Twitter berkenaan pos media sosial yang keterlaluan, menjadikan beliau menerima gelaran 'polis Twitter'.

Jadi adakah Fuzi akan menggunakan media sosial dengan cara yang sama? Apakah kita akan menerima penjelmaan semula 'polis Twitter'? Barangkali hanya waktu yang akan menentukan.

Lihat Komen
ADS