Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wan Ji bebas, polis gagal lanjutkan reman
Diterbitkan:  Oct 15, 2017 3:19 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin dibebaskan hari ini selepas pihak polis gagal melanjutkan tahanan reman terhadapnya.

"Permohonan untuk melanjutkan reman Wanji selama tiga hari lagi ditolak oleh majistret," kata peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili Wan Ji.

Wan Ji, yang juga pegawai penerangan di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau ditahan di Masjid Seberang Jaya pada Jumaat lalu selepas menyampaikan khutbah di masjid yang sama.

Pendakwah itu ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina sultan.

Wan Ji kemudian dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Lihat Komen
ADS