Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika hari ini, didorong oleh sokongan belian bagi mata wang tempatan, kata peniaga-peniaga.

Pada pukul 9.15 pagi, ringgit pada 4.2160/2190 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2240 semasa ditutup pada Jumaat.

Mata wang tempatan bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.7629/7666 daripada 3.7638/7677 yang dicatatkan pada Jumaat dan meningkat berbanding euro kepada 4.9812/9852 daripada 4.9918/9970 pada minggu lepas.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.1213/1245 daripada 3.1146/1187 yang dicatatkan pada Jumaat manakala berbanding pound, ringgit turun kepada 5.6014/6066 daripada 5.5995/5065 sebelumnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS