Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Siapa kata himpunan antikleptokrasi gagal, kata Salahuddin
Diterbitkan:  Oct 16, 2017 11:09 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Selepas banyak pihak mendakwa 'Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Sabtu lalu sebagai gagal, Naib Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Salahuddin Ayub tampil membidas kenyataan tersebut.

Salahuddin berkata, perhimpunan itu berjaya mengumpulkan masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul (sepanjang perhimpunan).

“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut mereka sahaja,” kata Salahuddin dipetik Sinar Harian.

Sebaliknya, Salahuddin berkata himpunan Antikleptokrasi telah berjaya menghimpunkan ramai golongan muda yang menyokong perjuangan pakatan pembangkang itu.

“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan 100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,” kata Salahuddin.

Himpunan Antikleptokrasi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan 25,000 yang hadir menyertainya, namun Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000.

Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.

Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.

Pada masa sama, Salahuddin membidas kenyataan mengatakan mereka hipokrit apabila berjanji kepada rakyat.

Sebaliknya semua janji itu adalah sebahagian daripada manisfesto pilihan raya.

“Kami tidak pernah kata nak buang separuh penjawat awam. Apa yang Pakatan Harapan hendak lakukan, adalah mengoptimumkan peranan penjawat awam dan menghapuskan pertindihan tanggungjawab.

“Contohnya, apa perlu SPAD bila sudah ada JPJ. Kenapa perlu tubuh Teraju sedangkan sudah ada Mara.

"Apa perlunya 1MDB bila ada Khazanah. Ini yang kita hendak lakukan (kurangkan birokrasi dalam kerajaan),” kata Salahuddin.

Lihat Komen
ADS