Pesawat mendarat cemas, penumpang ingat 'akan mati'
Diterbitkan: Oct 16, 2017 11:54 AM | Dikemas kini: Oct 16, 2017 11:56 AM
Pesawat AirAsia dari Perth, Australi ke Bali semalam dilapor terpaksa membuat pendaratan cemas selepas menghadapi masalah tekanan udara kira-kira 25 minit selepas berlepas.
Bagaimanapun, kesemua 151 penumpang dan anak kapal selamat kembali ke lapangan terbang Perth tanpa sebarang kecederaan.
Beberapa penumpang dalam pesawat QZ535 memberitahu media bahawa mereka “sangka akan mati” apabila kapal terbang dinaiki menjunam daripada kedudukan 32,000 kaki kepada 10,000 kaki.
“Topeng udara telah keluar dan semua orang mula panik,” Leah yang berasal daripada Perth dipetik sebagai berkata.
“Kami sudah ucap selamat tinggal antara satu sama lain.”

