Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengumuman bahawa 16,297 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang adalah tidak tepat, kata anggota exco perumahan Jagdeep Singh Deo.

Menurutnya berdasarkan rekod Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), hanya 3,071 unit telah diluluskan.

Pada sidang akhbar di Komtar hari ini, Jagdeep menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Mohd Sharif pada 17 September, yang menyatakan bahawa hanya dua projek PR1MA di pulau itu telah diluluskan oleh PBT.

Ia merangkumi 1,248 unit yang dibina oleh pemaju Eastscape Vista Sdn Bhd di Batu Ferringhi, 1,117 dan 706 unit oleh Ideal Capital Venture Sdn Bhd di Plot B dan Plot C, di Kampung Kastam.

Beliau juga menunjukkan satu lagi surat bertarikh 11 Oktober daripada Setiausaha MPSP Rosnani Mahmod, yang menyatakan bahawa PBT berkenaan belum menerima sebarang permohonan bagi projek perumahan PR1MA di Seberang Perai.

"Kami tidak mempunyai niat jahat tunjukkan ini, cuma kita tidak tahu angka lain kecuali 3,071 unit diluluskan, bukan 16,297, seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

"Kami sedang meminta penjelasan daripada Zainal Abidin, jika ada rancangan untuk membina jumlah unit itu, sila percepatkan dan serahkan pelan bangunan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya pihaknya juga mengalu-alukan projek perumahan PR1MA di Pulau Pinang kerana telah menunggu sejak sekian lama.

"Kita adalah satu-satunya negeri di mana tidak ada satu unit unit PR1MA yang dibina sejak skim perumahan itu diperkenalkan pada tahun 2012."

Jagdeep mengulas kenyatan Zainal Abidin yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa 16,297 unit rumah PR1MA telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

Projek berkenaan akan dibina di Bukit Gelugor (905 unit pangsapuri), Sungai Pinang, Balik Pulau (6,796), Teluk Kumbar (3,944), Mukim 4 Permatang Pauh (1,071), Batu Ferringhi (1,248), dan Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (2,387 rumah teres), kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang itu.

Unit rumah mampu milik adalah antara RM42,000 hingga RM300,000.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS