Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AirAsia: QZ535 mendarat cemas kerana isu teknikal
Diterbitkan:  Oct 16, 2017 2:50 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Penerbangan AirAsia QZ535 terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas semalam demi keselamatan penumpang selepas menghadapi masalah teknikal.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 12:40 waktu tempatan pada hari yang sama.

Ketua Kapten Keselamatan AirAsia, Ling Liong Tien berkata, pihaknya menyambut baik langkah juruterbang membuat pendaratan cemas dan mematuhi prosedur operasi statndard yang ditetapkan.

"Kami komited sepenuhnya kepada keselamatan penumpang dan krew kami dan akan terus memastikan kami mematuhi piawaian keselamatan tertinggi," katanya dalam satu kenyatan media.

Sementara itu menurut jurucakap komunikasi AirAsia dan AirAsia X, Shahinaz Mohd Tahir, penumpang yang terjejas telah dipindahkan untuk menaiki penerbangan lain dan menerima segala bantuan yang diperlukan.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan kami. AirAsia meminta maaf kepada penumpang atas sebarang kesulitan yang berlaku," katanya.

Terdahulu pesawat dari Perth, Australia ke Bali itu dilapor terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas selepas menghadapi masalah tekanan udara kira-kira 25 minit selepas berlepas.

Bagaimanapun, kesemua 151 penumpang dan anak kapal selamat kembali ke Lapangan Terbang Perth tanpa sebarang kecederaan.

Lihat Komen
ADS