Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Syarikat lombong emas fail rayuan akhir dalam saman aktivis

Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) membuat rayuan terakhir mereka dalam saman fitnah terhadap aktivis Hue Shieh Lee.

Ini selepas RAGM diarah membayar deposit keselamatan sebanyak RM30,000 kepada mahkamah berikutan syarikat itu sedang dalam proses pembubaran.

Hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan RAGM untuk membuat rayuan dan membenarkan empat soalan yang ditujukan kepada mahkamah.

Panel hakim itu juga terdiri daripada Ketua Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Bagaimanapun, Raus menolak permohonan RAGM untuk mengembalikan deposit keselamatan.

RAGM diwakili oleh Cecil Abraham, manakala Gurdial Singh Nijar mewakili Hue. RAGM memfailkan saman fitnah terhadap Hue pada tahun 2013.

Hue adalah antara beberapa aktivis yang berkempen menentang lombong emas syarikat itu di Bukit Koman, Pahang, yang didakwa menggunakan sianida sebagai sebahagian daripada proses pengekstrakan emas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang tidak memihak kepada RAGM pada Mei tahun lepas, diikuti oleh Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka lima bulan kemudian.

Syarikat itu juga mmebuat rayuan terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada portal atas talian, Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosnaini Saub tahun lalu menolak tuntutan syarikat itu terhadap Malaysiakini dan tiga defendan lain, yang merupakan anggota kumpulan editorial portal berita itu, atas penerbitan tiga artikel dan dua video mengenai penduduk kampung Bukit Koman yang menentang aktiviti lombong emas berkenaan.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bagi kes itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS