Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nik Nazmi: Pendakwaan kali kedua PPA berniat jahat

Sehari selepas dibebaskan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, anggota exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Ini walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014, iaitu dua minggu lebih awal memutuskan bahawa hukuman kerana tidak memberikan notis 10 hari di bawah PAA berhubung perhimpunan Black 505 adalah tidak mengikut perlembagaan.

Nik Nazmi yang juga ketua pemuda PKR menyifatkannya pendakwaan terhadapnya berniat jahat dan misfeasans dalam pejabat awam oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mendakwa beliau semula.

Katanya, defendan membuat pendakwaan terhadapnya di bawah undang-undang yang tidak sah dan terbatal oleh mahkamah rayuan.

Katanya, Abdul Ghani dan kerajaan juga menuduh beliau untuk kali kedua bagi pertuduhan yang sama walaupun mahkamah rayuan mengenepikan pertuduhan dan pendakwaan ke atasnya dalam kes pertama, manakala Mahkamah Sesyen telah membebaskannya.

Menjawab soalan peguam Syahredzan Johan, Nik Nazmi berkata beliau didakwa kali kedua kerana beliau adalah anggota PKR dan walaupun terdapat perhimpunan lain yang bertentangan dengan PAA 2012, pihak penganjur tidak didakwa kerana mereka ialah anggota Umno atau BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS