Malaysia bina hospital untuk pelarian Rohingya
Diterbitkan: Oct 16, 2017 5:19 PM | Dikemas kini: Oct 16, 2017 5:23 PM
Malaysia akan membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkam etnik Rohingya di Cox's Bazar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata hospital itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan kerajaan Bangladesh.
" Hospital ini akan mempunyai 50 katil. Ia akan dibina oleh kor perubatan angkatan tentera dan Kementerian Kesihatan, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Kem Kutupalong, antara kem yang menempatkan pelarian Rohingya kira-kira 35 dari Cox's Bazar, Isnin.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.