Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MAS bakal hilang CEO sekali lagi
Diterbitkan:  Oct 17, 2017 6:15 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) bakal kehilangan ketua pegawai eksekutif (CEO) keduanya dalam tempoh kurang tiga tahun.

The Irish Times melaporkan bahawa Peter Bellew, yang menjadi CEO MAS pada Julai 2016, akan kembali ke Ryanair.

Menurut laporan itu, Bellew akan menjadi CEO syarikat penerbangan Ireland berkuatkuasa 1 Disember.

Bellew menggantikan Cristoph Mueller sebagai CEO, yang berkhidmat kurang daripada tempoh setahun.

Mueller menyertai MAS sebagai CEO pada Mei 2015 tetapi berhenti secara mengejut pada Jun tahun lalu.

Ini di sebalik penafian Bellew bulan lalu bahawa beliau akan meninggalkan MAS setelah dikesan berada di ibu pejabat Ryanair di Dublin.

Kedua-dua mereka diamanahkan untuk memulihkan semula MAS selepas syarikat itu disusun semula berikutan dua nahas udara membabitkan penerbangan MH370 dan MH17 pada tahun 2014.

Sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat, MAS dibeli oleh Khazanah Nasional Berhad.

Sementara itu, Ryanair dalam satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan Bellew akan sekali lagi menyertai syarikat berkenaan sebagai CEO.

Menurut kenyataan itu, beliau akan mengambil-alih tanggungjawab semua operasi penerbangan Ryanair dengan tanggungjawab khusus membabitkan juruterbang.

“Ini termasuk meningkat juruterbang, mengenadlikan latihan dan pembangunan kerjaya mereka serta dengan misi untuk memastikan masalah jadual juruterbang yang dialami oleh Ryanair pada awal September tidak akan diulang,” kata kenaytaan itu.

Bellew, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah penerbangan Ryanair sehingga 2014.

Kenyataan itu turut memetik Bellew sebagai berkata beliau amat teruja untuk kembali ke Ryanair dan menerima cabaran untuk mengembangkan operasi syarikat itu.

“Saya menantikan kerjasama dengan pasukan dan krew yang saya kenali dengan begitu baik untuk terus membangunkan pertumbuhan kami kepada 600 pesawat dalam tempoh 6 tahun akan datang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS