Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Yusof Apdal direman 4 hari
Diterbitkan:  Oct 18, 2017 1:09 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Adik kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal hari ini ditahan reman empat hari.

Beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu semalam, bagi membantu siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di negeri itu antara tahun 2009 hingga 2015 bernilai kira-kira RM1.5 bilion.

Menurut laporan Utusan Online, Majistret Stephanie Sherrin Abbie meluluskan permohonan reman terhadap Mohammad Yusof yang kini disiasat bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Mohammad Yusof diwakili peguam Edward Paul.

Beliau merupakan adik kedua Shafie yang direman berhubung siasatan tersebut, selepas Hamid Apdal dikenakan reman lima hari 11 Oktober lalu, disusuli menantu Hamid lima hari kemudian.

Setakat ini SPRM sudah menyoal siasat lebih 45 orang berhubung isu berkenaan.

Shafie menjadi menteri kemajuan luar bandar dan wilayah bermula 2008 digugurkan daripada kabinet pada 2015 kerana mempertikaikan cara Najib menguruskan skandal 1MDB.

Beliau kemudian meninggalkan Umno pada 2016 dan menubuhkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).
 

Lihat Komen
ADS