Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyatakan rasa kecewa kerana ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.

Baginda turut melahirkan rasa bimbang apabila segelintir masyarakat mengambil mudah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu isu berkaitan Islam tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Menyampaikan syarahan umum kepada pegawai dan pelajar Daffodil International University di Dhaka, Tuanku Syed Faizuddin bertitah Islam merupakan agama yang cintakan keharmonian.

Hadir sama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berada di Bangladesh sejak Ahad lepas bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelarian.

Terdahulu baginda bersama delegasi meninjau kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar serta menyampaikan bantuan kepada mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS