Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua ditahan jerit slogan 'keadilan untuk Beng Hock' di program Najib
Diterbitkan:  Oct 21, 2017 7:54 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Dua individu yang mengadakan protes menuntut keadilan untuk mendiang Teoh Beng Hock berakhir dengan penangkapan mereka oleh polis hari ini.

Pengarah Eksekutif Tabung Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi Ng Yap Hwa dan anggotanya Tong Wai Yee mengadakan protes petang tadi di luar Wisma Huazong di Seri Kembangan, Selangor ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang meninggalkan lokasi itu.

Najib berada di Wisma Huazong untuk dialog Transformasi Nasional 50.

Ng dalam satu kenyataan berkata, mereka yang tidak dibenarkan masuk ke premis Wisma Huazong sedang melaungkan slogan sebelum polis bertindak.

“Kami berdiri dan melaungkan slogan “Keadilan Untuk Beng Hock” serta “Dakwa pegawai SPRM” secara aman.

"Namun, kurang daripada 15 saat kemudian polis merampas dan mengoyak plakad selain menolak kami 50 meter dari pintu masuk secara kasar,” katanya.

Ng berkata mereka ditahan sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kajang.

Ng dan Tong dibebaskan pukul 4 petang tadi.

Ketua polis Kajang Ahmad Dzaffir Yusoff mengesahkan penahanan sementara mereka.

Ahmad berkata, polis bagaimanapun tidak akan menyiasat ng dan Tong.

“Tiada siasatan. Kami cuma mengambil butiran mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Teoh merupakan pembantu politik Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Teoh ditemui mati selepas jatuh dari bangunan ibu pejabat sembilan tingkat Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Juali 2009 ketika berada dalam tahanan untuk disoal siasat.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada 2014 Teoh mati akibat kecederaan parah selepas terjatuh yang kemungkinan disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuklah pegawai SPRM dan mengarahkan polis untuk menyiasat.

SPRM bersetuju membayar RM600,000 kepada keluarga Teoh ke atas saman kecuaian yang disebabkan oleh SPRM.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara berkata tiada unsur jenayah dalam kematian Teoh.

Lihat Komen
ADS