Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kontraktor akan disenarai hitam, kata Guan Eng

Kontraktor bangunan yang melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak tanah runtuh di Tanjung Bungah akan disenarai hitam oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Tapak bagi pembinaan 980 unit rumah mampu milik itu dibangunkan oleh Taman Sri Bunga Sdn Bhd, manakala kontraktor utama ialah BSG Global Builders Sdn Bhd dan kontraktor bangunan ialah Choongcons (Penang) Sdn Bhd.

Lim berkata kontraktor dan mana-mana pakar perunding yang terlibat secara langsung, akan disenaraihitamkan selepas keputusan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Negeri.

Katanya, pemaju tidak akan dibenar memulakan sebarang kerja di tapak projek berkenaan sehingga suruhanjaya itu melengkapkan siasatan mereka.

Lim berkata demikian semasa lawatannya ke tapak berkenaan di Lembah Permai hari ini.

Beliau berkata MBPP juga telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan segera dan mengambil tindakan ke atas tapak bangunan pembinaan, terutama yang berkaitan dengan cerun, untuk memastikan garis panduan dipatuhi bagi memastikan bukan sahaja keselamatan bagunnan tetapi juga kestabilan struktur.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, perkara itu perlu disiasat memandangkan tiada hujan sejak bebeberapa hari lalu yang menyebabkan tanah runtuh.

Katanya, meskipun tidak mahu membuat spekulasi, namun pihaknya curiga faktor kecuaian, tiada pemantauan dan tidak mematuhi prosedur keselamatan sebagai punca kejadian.

Suruhanjaya Siasatan Negeri akan dibentuk oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah Seksyen 2 (3) (d) dan 3 (1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS