Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Operasi cari mangsa tanah runtuh masuk hari ke-3

Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah George Town masuk hari ketiga hari ini.

Mangsa yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Yuan Kouk Wern, 27, warga tempatan dan Muhammad Monirul Islam (Bangladesh).

Hingga 9 malam tadi, sembilan mayat sudah dikenal pasti dan dibawa keluar iaitu Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq (warga Myanmar); Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman Abdur (Bangladesh); Hosrin Sharif dan Erwin Salis (Indonesia) serta Raza Ali (Pakistan).

Mayat terakhir, Rahaman ditemui dengan jarak satu meter dari mayat kelapan kira-kira 6.20 petang semalam sebelum dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 8.40 malam.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku pada 8.57 pagi kelmarin ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalankan kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS