Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan tarik balik dua RUU
Diterbitkan:  Oct 23, 2017 12:18 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

PARLIMEN l Dua rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan RUU Setem (Pindaan) 2017 yang dijadual untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditarik balik.

Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Riot dalam kenyataan berkata RUU itu ditarik balik bagi membolehkan RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang baharu dibentangkan untuk bacaan pertama pada esok.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan mulai Januari 2018.

"Pelaksanaan sistem insurans pekerjaan akan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu seramai lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja," katanya.

Katanya pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum bagi tempoh tertentu layak menuntut bantuan kewangan daripada sistem insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan termasuk kaunseling kerjaya, carian dan penjodohan kerja, penempatan serta latihan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS