Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 300 individu terlibat elemen IS ditangkap
Diterbitkan:  Oct 23, 2017 1:10 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

PARLIMEN l Sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS termasuk 95 rakyat negara ini ditahan sehingga 6 Okt lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri turut mendapat maklumat sebanyak 53 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 34 daripada mereka maut.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi memastikan Malaysia mengekang ancaman keganasan, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kaedah pemantauan dan kerjasama dengan Interpol dan negara luar.

“Kerajaan masih belum berpuas hati dengan pencapaian kita dalam memerangi jenayah rentas sempadan namun kami yakin dengan kerjasama kita termasuk dengan pihak Interpol, unsur keganasan ini boleh dibendung,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung usaha kerajaan memerangi jenayah rentas sempadan.

Lihat Komen
ADS