Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja perempuan tendang datuk saudara elak dirogol

Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terselamat daripada dirogol setelah dia menendang pelakunya iaitu datuk saudaranya sendiri di rumahnya di Sungai Bidut di Sibu, petang semalam.

Setelah ditendang, lelaki yang berusia 55 tahun itu terjatuh dan kemudian bangun dan melarikan diri.

“Kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa semasa ibu mangsa keluar untuk membeli barangan keperluan.

"Suspek yang biasa datang ke rumah mangsa bila ada kelapangan, telah bertindak memasuki bilik tidur mangsa dan mengunci pintu bilik,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit hari ini.

Beliau berkata lelaki itu tidak sempat meneruskan perbuatan terkutuknya apabila ditendang kanak-kanak berkenaan.

Mangsa kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya, katanya.

Beliau berkata suspek telah ditahan di sebuah kuarters pekerja sebuah kilang kayu di Jalan Empawah malam tadi dan kini direman sehingga 30 Oktober untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

-Bernama

Lihat Komen
ADS