Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
8 maut dalam tragedi awal pagi
Diterbitkan:  Oct 24, 2017 10:06 AM
Dikemaskini: 2:31 AM

Kerosakan sebuah bas kilang di Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri membabitkan kematian hampir 10 orang hari ini.

Memetik kenyataan Timbalan Pengarah Bomba Pulau Pinang Mohd Shafie Hamzah Berita Harian melaporkan sebuah bas lain kemudian merempuh bas yang rosak itu dari belakang.

Katanya kemalangan itu membabitkan 43 orang dan daripada jumlah itu 35 cedera manakala lapan lagi meninggal dunia.

Sementara itu Bernama melaporkan lapan pekerja maut selepas dua bas dan sebuah van kilang membawa kira-kira 40 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Juru di Bukit Mertajam awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas sebuah daripada kenderaan itu hilang kawalan dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi.

"Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua lagi maut dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya. Semua yang maut adalah wanita.

"Identiti mangsa masih belum dikenal pasti" katanya.

Dalam kejadian itu, 32 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS