Kerajaan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 dengan menurunkan kadar caruman bulanan yang dicadangkan bagi pelan insurans pekerja.

Kadar caruman dikurangkan daripada 0.5 peratus kepada 0.2 peratus.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Sei Richard Riot Jaem dan dijangka diluluskan pada sidang Parlimen semasa, yang berlangsung sehingga 30 November.

Kadar caruman yang disemak semula adalah berdasarkan kadar tetap dan antara lingkungan 10sen untuk pekerja yang memperolehi RM30 sebulan, kepada RM39.50 untuk pekerja yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke atas sebulan.

Kadar caruman maksimum pada setiap bulan, mengikut Bahagian IV RUU itu ditetapkan pada kadar 30 sen dan RM59.30.

Rang undang-undang yang disemak semula itu memperuntukkan empat jadual kadar caruman, berbanding tiga apabila ia pertama kali dibentangkan pada bulan Ogos lalu.

Caruman kepada Skim Insurans Pekerjaan ini akan dibahagikan sama rata antara pekerja dengan majikan.

Menteri boleh menyemak kadar caruman setiap tiga tahun dan lebih.

[Baca berita penuh]