Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: LGBT dalam pasukan keselamatan perlu ada had

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu sama ada individu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh diterima sebagai anggota keselamatan perlu ada hadnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas sama ada mereka tidak dibenarkan menyertai agensi keselamatan.

"Saya fikir, sama ada mereka boleh masuk sebagai pegawai keselamatan kena ada line. Ada line untuk kita nyatakan ada yang lebih baik, gunakanlah lebih baik," kata Zahid.

Beliau berkata Malaysia menolak LGBT kerana ia tidak sesuai dengan masyarakat dan agama di negara ini.

"Kenapa nak cari benda yang negatif konon atas nama freedom of expression, human rights," kata Zahid.

Beliau memberi respons kepada pertanyaan pada dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) di Serdang mengenai sama ada individu yang ditakrif dalam kelompok LGBT boleh menyertai pasukan keselamatan.

Zahid berkata beliau akan menyerahkannya kepada pelbagai agensi untuk menentukan kriteria pengambilan mereka.

Terdahulu semasa dialog TN50, Zahid juga mengkritik golongan pembela hak asasi manusia.

Katanya, apabila ada pegawai polis terbunuh, aktivis hak asasi manusia mengatakan anggota keselamatan hanya terbunuh.

Namun apabila polis menembak penjenayah, aktivis hak asasi manusia mengatakan polis kejam, kata Zahid.

Lihat Komen
ADS