Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hari ke-15, remaja itu akhirnya bangun tidur
Diterbitkan:  Oct 25, 2017 1:29 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

GLOBAL l Seorang remaja 13 tahun di Kalimantan Selatan, Indonesia, yang menghidap penyakit langka tidur lama, akhirnya terbangun semalam setelah 14 hari mata terkatup.

Menurut bapanya Mulyadi, Siti Raisa Miranda yang dipanggilnya Echa telah bangun dan mandi membersihkan badan.

“Alhamdulillah setelah menjalani tidur panjang selama 14 hari, 14 malam di hari ke 15 ini Echa terlihat sudah membaik.

“Terima kasih yang sebesar-besarnya kepada segenap kawan-kawan di FB yang telah membantu mendoakan, memberikan saran, bahkan banyak yang cuba mengubati secara langsung atau jarak jauh,” tulis Mulyadi di Facebook semalam.

Media tempatan melaporkan Echa kelmarin terbangun beberapa saat, kebingungan dan kemudian tertidur kembali.

Gambar Echa menjadi tular di negara seberang selepas Mulyadi memuat naik gambar anaknya itu di Facebook pada hari kesepuluh tidurnya yang bermula 18 Oktober lalu.

Mulyadi berkata, berdasarkan gejala, anaknya mungkin mengidap sindrom Kleine-Levin atau sleeping beauty (dalam bahasa Indonesia dipanggil puteri tidur).

Malah, ekoran itu, ibu Echa Lili, juga kadang-kadang memanggil anaknya dengan gelaran "Putri Tidur".

Menurut Kompas, anggota saudara Echa akan memicit-micit badannya ketika tidur.

Bila tiba waktu makan pula, mereka akan membangunkan badannya dan menyuap makanan dan minuman sedikit demi sedikit.

Echa, menurut bapanya, akan mengunyah perlahan-lahan dengan badan tidak bergerak dan mata terpejam tetapi tidak bangun-bangun.

Tidur dua minggu terus menerus ini antara yang paling lama dialami Echa.

Lihat Komen
ADS