Gabungan pembaharuan pilihan raya, BERSIH hari ini mempersoalkan sama ada BN sudah mengetahui keputusan usaha penambahbaikan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, BERSIH berkata kecurigaan timbul berdasarkan dua perkembangan baru-baru ini - pelancaran pusat operasi BN untuk kawasan Parlimen "P107 Sungai Buloh" dan keputusan kes Mahkamah Rayuan pagi ini .

"BERSIH terkejut dengan insiden (pelancaran pusat operasi) itu kerana kawasan Parlimen P107 Sungai Buloh masih belum wujud, kerana hanya kerusi yang dicadangkan dalam proses persempadanan semula yang sedang dijalankan.

"Pelancaran itu menunjukkan keangkuhan dan tidak menghormati BN dan (Pengerusi BN Selangor) Tan Sri Noh Omar berhubung persempadanan semula, kerana kes mahkamah di Selangor masih berjalan," kata pengurus sekretariat BERSIH, Mandeep Singh.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi akan menyerahkan keputusannya dalam cabaran kerajaan negeri Selangor terhadap proses persempadanan semula SPR sekarang pada bulan Disember.

"Adakah BN sudah mengetahui keputusan persempadanan semula itu dan akan ada kerusi baru yang diwujudkan? Jika ya, mereka harus mendedahkannya," katanya.

[Baca berita penuh]